Aku Keliru..! Maka..??

aku sangat keliru dengan dunia sekarang ini...

politik- yg sorng ni x buat keje btul2( tak habis2 melayu jer, Islam mana??kurang nampak (blur2 je), kata Malaysia negara Islam) dan  yg lagi satu plak ada gabungan dgn DAP yg x nk negara Islam(x nk hukum Islam)..pening2 (so abaikan sekejap)-susah jugak fikir bab negara ni..

dakwah- sorang ni nak dakwah2, tp akhlak x jaga, adab x jaga dan yg lain ada plak yg x habis2 nk seru kepada negara Islam tp x jaga solat dan amal agama...siap ada yg bersilisih sampai nk bertikam lidah...pelik2... lagi2  yg x nk wat dakwah tp x hbis2 nk hukum org je kejenyer... pening2

bile teringat kata2 Ibrahim Adham (ahli Sufi) mengenai soalan "kenapa doa x diterima Allah? "...
dijawabnya -antara sebab doa terhijab is...

1. Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunanikan hakNya (perintahNya ). (banyak lagi yg belum buat...)

2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.( banyak lagi belum buat..hmm..)

3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya. ( bab ni boleh tengok: antaranya...bila dah azan..tp still nak wat keje lain(tp kena cerdik la..tengok situasi...), bila dah tahu hukum tapi ??...hmm..tu tanda Iman lemah..)

4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah saw tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya. ( bab ni- ramai gak bertelagah- sunnah bukan kat jubah serban jer,tp itulah sunnah..., akhlak Nabi, cara makan Nabi, tidur Nabi, cara dakwah Nabi, Nabi masuk tandas macam mana...dan lain2..ada amal x ? selain tu sunnah tu jugak adalah bila kita ikut apa yg Nabi suka kita buat..contoh nyer solat berjemaah kat masjid( walaupun bukan hukum wajib,tapi itulah sunnah..)..berjemaah kat bilik(asrama) pun ok..cuma x tau lah Nabi suke atau x..)

5. Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya. (hmm..bab ni..pandai2 renunglah..kena mujahadah..)

6. Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. ( x tahulah klw x faham2 gak...tp susah jugak nk buat bila dah faham..kena lagi mujahadah.)

7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.( lemah nyer aku ni...kena mujahadah..mesti faham perkara kat atas 1,2,3,4,5,& 6)

8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.( aku lah ni...please marah/tegur aku bila dah salah...)

9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.( lemahnyer kita ni...)

10. Kamu menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.( lemahnyer fikiran kita ni...)

fuhh!!..tulis memang senang...nak buat..???? erk!!(terfikir sekejap)
sekiranya aku dapat buat ...tu semua rahmat Allah.. banyak lagi sunnah x dapat nk amal...amalkanlah  sunnah walupun satu

bukan semua orang perfect..tapi practice kepada perfect ...hari ni ramai org lemah Iman...termasuk aku..aku just berkongsi apa yg aku dapat...aku tulis ni supaya x hilang dari hidup aku...sebab aku juga manusia yg pelupa..

so kena banyak2 mohon rahmat Allah dalam nk laksanakan segala perintah Allah..
kadang2 kita terbuat dosa..sebab kita cepat leka dan lalai...minta ampunlah dari Allah..aku pun lemah jugak..ada je terbuat dosa..kena banyak istigfar...

pesan ustaz kepada aku." kamu perhatikan hidup kamu...apa yg Allah nak ajar kamu hari tu..?"

maaf klw ada terguris hati..wasalam

Bila Nafsu nak...?? Maka..??

assalamualaikum,           JOM BACA ...

sekadar berkongsi fikiran...
tetiba je malam ni terfikir..ramai manusia ke neraka hanya kerana nafsu (nak merasai dunia)...
of course ramai ulama' yg dah sebut perkara ni... tapi siapa yang benar2 sungguh2 faham perkara ni...
memang benar..The Biggest Mujahadah is Fight With Nafsu...Nafsu yg cenderung nak merasai kelazatan dunia...

bila nafsu nk rasai kelazatan makanan dunia...maka semua benda nak ditelan..
bila nafsu nak merasai keseronokan jasad wanita/ lelaki ...maka berlaku lah penzinaan
bila nafsu nak merasai kecanggihan teknologi...maka berlakulah penyebaran bahan lucah/fitnah/ugutan dan macam2 lagi..
bila nafsu nak merasai kehebatan diri...maka lahirlah orang yang sombong/ takabbur/ujub...
bila nafsu nak merasai kemewahan harta ...maka lahirlah orang yang kedekut...
bila nafsu nak merasai keselesaan tidur...maka semua perkara menjadi remeh...
dan macam2 lagi...
inilah kesan bila nafsu mengawal kita...

bermulanya dengan hasutan syaitan...ditambah pula dengan nafsu yang cenderung kepada dunia...lagi parah bila Iman hanya senipis kulit bawang...ni lah alamat manusia tu bakal berdosa...dan ke neraka...ngeri2..
the only way is...perbaikilah IMAN.belajarlah tingkatakan IMAN..yakin terhadap kekuasaan Allah, dengan ikut cara yang telah diajar melalui Rasulullah....  Ingatlah pesan (dalam Quran)..".syaitan itu musuh utama"...so ,jangan ikut mereka...

sebagai perkongsian ... ( nasihat2 dari orang a'lim)
-hari-hari banyakkn zikir ( ingat Allah), selawat , istigfar ( minta maaf kpd Allah )...
-sentiasalah ingat Allah
-hari-hari banyakkan doa dipelihara dari kemungkaran dan minta diberi rahmat untuk berbuat amal ibadah...
-kena ingat amalan  baik yang  kita dapat buat adalah dari rahmat Allah...
-sentiasalah awasi dan kawal perasaan yang nak merasai keindahan/ kelazatan/ kemewahan /keseronokan -  dunia...
-carilah guru yang BENAR ( bukan dikalangan  orang fasiq )
-usahakan amal sunnah Rasullulah dalam kehidupan, an ajaklah orang lain bersama hidupkan sunnah
-sentiasalah dalam berjemaah  (yang betul ,jgn pilih yg tak betul)
- sungguh-sungguhlah belajar syariat ,baru hidup teratur...
-kita yang kawal nafsu bukan nafsu yang kawal kita..

writer: bila menaip sungguh senang, so trylah beramal ...bila terasa sangat susah ,maka kat situlah mesti ada mujahadah (korbankan perasaan terhadap persaan ingin mersai dunia)...catatan sbg reminder bagi diri yang pelupa and lalai ni..

harap2 saya dan yang lain-lain dijauhkan dari tipu daya syaitan + dunia + kehendak nafsu yang tak terkawal

tu je catatan kali ni..wasalam :)

Sunnah atau Sunat ???

Bismillahirrahmanirahim..

gomenasai (i'm sorry) sbb dah lama tak post something..
hmm..apepun jom baca catatan ni..

Sunnah dan sunat perkara yang berbeza tapi sama...keliru?? haha..teruskan baca
Sunnah ada yg wajib , ada yg sunat ,ada yg haram ...yg makruh dan harus  x de ke?? (hmm..yg aku tahu ni jer)
Sunnah (wajib)  contoh :Pergerakan dan bacaan dalam solat ( sujud /rukuk/ bacaan tahiyat dan sbgnya)
Sunnah (sunat)  contoh : Semua perkara sunat adalah sunnah...
Sunnah (haram) = (diharamkan utk umat Nabi ).. contoh : lelaki x bleh ada lebih dari 4 org isteri kecuali Nabi
Kesimpulannya semua perkara sunat adalah sunnah dan bukan semua sunnah adalah sunat..

Dah baca ...dah jelas ..dah faham...ok..baca plak catatan seterusnya..

Ada hukum wajib ,sunat , harus, makruh , dan haram..
perkara wajib dan haram tu perintah dan larangan yang tegas...maka kena ada taat ...
Yg sunat tu adalah perkara yang Allah suka manusia buat...
Yg makruh pulak adalah perkara yang Allah  x suka manusia buat...

hmm..kan Nabi ada bgtaw..sape mencintai ku maka ikutlah aku...iaitu sunnah...
sunnah ialah apa saja yag disandarkan kpd Nabi x kiralah kata2,perbuatan , pengakuan dan sifat2 Nabi.
So dalam dunia yg sementara ni sangat banyak sunnah yg belum buat ...maksud saya sunnah yang sunat
So maksudnya bila kita amalkan sunnah dan sebarkan sunnah (ajak org amal sunnah), maka kita telah menyukakan Allah...
sesungguhnya dalam sunnah tu ada kejayaan...kejayaan itu Allah yg bagi...kan Allah Ta'ala ada bagitaw...Nabi Muhammad itu contoh tauladan yg terbaik...so maknanya kita kena ikut contoh yg Allah nak dalam setiap amal ibadah dalam hidup kita...

saya hamba Allah...kamu pun hamba Allah...so hiduplah sebagai hamba ...sifat hamba adalah taat ,patuh dan sentiasa buat apa yg Allah suka....cuba kurang kan perkara yang Allah x suka (perkara makruh)...renungkan..adakah kita macam itu...

sahabat Nabi dapat " radhiallahuanhu"...Allah redha kat mereka...apa yg mereka buat???
Para sahabat buat ikut sunnah Rasulullah...sungguh2 ikut ...dan taat apa yg Allah nak ...
so ..KITA???

benar kita bukanlah sempurna termasuklah aku...tapi usaha menghampiri kesempurnaan itu yg penting jgn asyik kata " Alah..aku bukan pandai sangt bab2 agama ni..segan r...sorry r aku x macam kau,ko pandai agama..."
jgn cakap camtu...risau2 nnt kena tanya kat Akhirat besok....kenapa kamu tidak mencari ilmu agama, sampai pandai ?? ..ape nk jawab

so bila nak menghampiri kesempurnaan maka hampirilah sunnah Nabi, cara hidup para sahabat ,dan org2 soleh ...

Insya Allah..smuga saya dan tuan2/dan puan dapat buat perkara ini...bukan utk saya ...tp utk amal masing2...
banyakkan doa , Istighfar (minta maaf/mengaku jahil n hina depan Allah) , selawat dan zikir...\

tu saje catatan aku buat kali ni... banyaklah berfikir perkara ini hari2..
ok ..wasalam

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Bismillahirahmanirrahim,,
Jom Baca ...

        Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:  

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

 Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

 Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
             Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4.  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
             Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari  Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

 Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api  neraka.

        Demikianlah tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Doakan saya dan sape yg baca ni dapat ambil bahagian utk amalkan perkara ni...Insya-Allah...
         
Friday, August 12, 2011

Friday, July 15, 2011

Monday, May 23, 2011

Thursday, November 18, 2010

Catatan Hidup IbnAzhar...

"fikirlah...apa yang ALLAH nak ajar kamu hari ini"